Misi Menyantuni Banjir di Papar

English translation not available for this content.

21 Januari 2022

KPT akan terus komited untuk membantu masyarakat menghadapi hari-hari mendatang pasca banjir yang melanda negara. Terbaharu, hari ini pengurusan tertinggi KPT telah meneruskan Misi Menyantuni Banjir di Sabah.

Majlis penyerahan 2,500 kotak bantuan yang merangkumi makanan kering dan barangan keperluan asas telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi di Papar.

Kotak-kotak bantuan yang disumbangkan oleh PTPTN dan EMGS itu akan diagihkan kepada mangsa banjir yang tinggal di kawasan Kudat, Kota Marudu, Ranau, Kota Belud dan Beaufort.

  • Last updated on .
  • Hits: 5407
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.