Pengukuhan Kebolehpasaran Graduan Melalui Inisiatif Management Apprentice Program (MAP), Graduate Employability Program (GEP) dan Intenship Program (IP) bersama Mcdonald’s Malaysia

Pengukuhan Kebolehpasaran Graduan Melalui Inisiatif Management Apprentice Program (MAP), Graduate Employability Program (GEP) dan Intenship Program (IP) bersama Mcdonald’s Malaysia
English translation not available for this content.

YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah menyaksikan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi MARA dan McDonald’s Malaysia di Dewan Anjung Seri Budiman, Shah Alam.

MoU ini ditandatangi oleh YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM bersama-sama YBhg. Profesor Dr. Mohamad Hariri Hj Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN). McDonald’s Malaysia pula diwakili oleh

YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan dan Encik Hilmy Sulaiman, Pengarah Kanan Undang-Undang dan Francais.

Antara intipati MoU tersebut adalah untuk menggalakkan kebolehpasaran graduan melalui beberapa inisiatif program pekerjaan di bawah McDonald’s Malaysia seperti Program Perantisan Vokasional McDonald’s selain Management Apprentice Program (MAP), Graduate Employability Program (GEP) dan Intenship Program (IP).

Turut hadir dalam majlis MoU tersebut ialah, YBhg. Datuk Seri Haji Mohamed Nasir,Pengarah Perhubungan Kerajaan McDonald’s Malaysia, YBrs. En.Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia, McDonald’s Malaysia, Barisan Pengurusan Eksekutif UiTM, Delegasi McDonald’s Malaysia dan penghuni Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari Shah Alam.

  • Last updated on .
  • Hits: 3348
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 29 March 2024, 08:50:00.