Perbincangan Mengenai Hala Tuju Baharu Pengoperasian Institusi Pendidikan Tinggi Pasca 2020

English translation not available for this content.

Hari ini YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi bersama dengan pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi telah mengadakan perbincangan mengenai hala tuju baharu pengoperasian Institusi Pendidikan Tinggi pasca 2020 untuk kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Perbincangan ini diadakan sejurus sahaja beliau selesai menggulung Perbahasan Belanjawan 2020 KPT. Antara yang dibincangkan cadangan tarikh kemasukan pelajar, kaedah pergerakan pelajar, pengukuhan SOP pengoperasian IPT, kaedah pengajaran dan pembelajaran secara hibrid dan kemasukan pelajar antarabangsa. Cadangan-cadangan ini merupakan hasil daripada libat urus yang diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan sebelum ini seperti bersama Naib-naib Canselor Universiti Awam, Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan-persatuan Mahasiswa termasuk persatuan anak-anak negeri, NGO, Ketua Pengarah Imigresen, KKM, Timb. Naib Canselor UA dan IPTS.

WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06 1
  • Last updated on .
  • Hits: 5316
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 29 March 2024, 08:50:00.