Perjumpaan YBM bersama dengan Enam Pegawai Home-Based Staff (HBS) yang telah melaporkan diri ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad hari ini mengadakan perjumpaan dengan enam pegawai Home-Based Staff (HBS) yang telah melaporkan diri ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini untuk memulakan tugas mereka.

Para pegawai HBS ini masing-masing ditempatkan di enam Pejabat Education Malaysia (EM) di luar negara sebagai Pengarah serta Atase Pendidikan. Mereka dijangka akan bertolak ke negara penempatan mulai penghujung Oktober 2021.

Sesi perjumpaan tersebut yang diadakan di pejabat Menteri di Bangunan Parlimen bertujuan untuk membolehkan YB Menteri menyampaikan amanat dan harapan kepada para pegawai HBS berkenaan mengenai tanggungjawab HBS sebagai penjawat awam di luar negara dimana mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu KPT mencapai Key Performance Indicators yang ditetapkan. Ia selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang antara lain bertujuan meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa di Malaysia.

Education Malaysia (EM) berperanan sebagai organisasi strategik dan bertindak sebagai One Stop Centre bagi semua aspek pendidikan tinggi negara.

  • Last updated on .
  • Hits: 7618
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 16 April 2024, 08:56:15.