Perkukuh Hubungan Industri E&E Dan Akademia, Usaha Lonjak Sektor Semikonduktor Negara

Perkukuh Hubungan Industri E&E Dan Akademia, Usaha Lonjak Sektor Semikonduktor Negara
English translation not available for this content.

Kementerian Pendidikan Tinggi komited menyokong usaha Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam memacu industri Elektrik dan Elektronik (E&E) bagi mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar utama semikonduktor dunia.

Dalam Dialog Menteri Pendidikan Tinggi bersama Industri Semikonduktor yang diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menekankan bahawa kerjasama erat antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan industri adalah kunci dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan sektor ini.

Dialog yang dihoskan oleh USM tersebut telah memberikan platform serta menjana input penting mengenai keperluan memperkukuh program upskilling bagi graduan sektor E&E.

Jelasnya, industri bukan sahaja memerlukan jurutera, tetapi juga tenaga kerja dengan kepakaran khusus dalam pelbagai bidang teknikal bagi memenuhi standard operasi yang semakin tinggi.

Justeru itu, kerajaan akan meningkatkan kerjasama dengan syarikat semikonduktor untuk menyediakan modul latihan industri, sijil profesional, dan kursus teknikal khusus bagi memastikan graduan memiliki kemahiran yang relevan dengan keperluan industri.

Hadir sama dalam sesi dialog Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Dato' Seri Dr. Awang Adek Hussin, dan Naib Canselor USM, Dato' Ir. Prof. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Dengan pelaburan besar daripada syarikat multinasional serta sokongan dasar kerajaan, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjadi hab utama dalam rantaian bekalan semikonduktor global.

Sesi dialog ini menjadi platform penting bagi kerajaan dan industri merangka hala tuju modal insan berkemahiran tinggi, memastikan kestabilan tenaga kerja, dan meningkatkan daya saing negara dalam sektor berteknologi tinggi ini.  

  • Last updated on .
  • Hits: 148
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 24 March 2025, 04:31:56.

sirim-logo