Persidangan Meja Bulat dan Mesyuarat Penasihat Industri JPPKK bagi tahun 2021 yang dipengerusikan oleh YBM

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini mempengerusikan Persidangan Meja Bulat dan Mesyuarat Penasihat Industri Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bagi tahun 2021.

Majlis Penasihat Industri merupakan platform peneraju kepada industri dalam memberikan maklum balas dan cadangan yang berkaitan dengan penambahbaikan ekosistem TVET. Seramai 21 peneraju industri telah dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Industri JPPKK daripada 9 bidang utama program-program yang ditawarkan di JPPKK.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan sesi penyerahan Sijil Penghargaan Ahli Majlis Penasihat Industri JPPKK 2018-2020 dan penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Penasihat Industri JPPKK 2021-2023.

Turut hadir ialah Datuk Seri. Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Dr. Mohd. Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT, Dato’ Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah JPPKK, dan Kumpulan Fokus Industri MTVET.

  • Last updated on .
  • Hits: 6245
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.