Pertandingan Debat Diraja Antara IPT 2022 Melabuhkan Tirai

Pertandingan Debat Diraja Antara IPT 2022 Melabuhkan Tirai
English translation not available for this content.

Sultanah Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah telah berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan perasmian Pertandingan Debat Diraja Antara IPT 2022 sebentar tadi di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA Kampus Gong Badak, Terengganu.

Turut hadir pada majlis ini YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, KPPT, Serta YBhg. Prof. Dr. Fadzli Adam, Naib Canselor UniSZA.

Debat Diraja merupakan sebuah pertandingan debat yang beprestij dan telah dilaksanakan lebih dari dua dekad, yang mana pertandingan Debat Diraja kali pertama diadakan pada tahun 1995 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Penganjuran kali ini melibatkan kerjasama antara Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) serta UniSZA selaku tuan rumah pertandingan. Dewan Bahasa dan Pustaka juga menjadi rakan sinergi penganjuran Pertandingan pada tahun ini.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Kategori Utama Bahasa Melayu, Kategori Utama Bahasa Inggeris dan Kategori Muda Bahasa Melayu. Berikut merupakan senarai pemenang mengikut kategori yang telah dipertandingkan:

Kategori Utama Bahasa Melayu
🥇Johan: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
🥈Naib Johan: Universiti Kebangsaan Malaysia

Kategori Utama Bahasa Inggeris
🥇Johan: Universiti Malaya
🥈Naib Johan: Universiti Teknologi MARA

Kategori Muda Bahasa Melayu
🥇Johan : Universiti Kebangsaan Malaysia
🥈Naib Johan : Universiti Malaya

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang!!!

  • Last updated on .
  • Hits: 3202
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 29 March 2024, 08:50:00.