Program Fulbright Manfaat Ribuan Pelajar Malaysia & Amerika Syarikat

Program Fulbright Manfaat Ribuan Pelajar Malaysia & Amerika Syarikat
English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah mengadakan sesi perjumpaan bersama penerima-penerima geran dan alumni program Fulbright, di sini.

Fulbright merupakan program penawaran geran pendidikan yang telah memberi peluang kepada pelajar siswazah dan profesional muda untuk melanjutkan pengajian dan menjalankan penyelidikan.

Sejak tahun 1963, seramai 2,701 pelajar telah menyertai Program Fulbright AS-Malaysia yang dikawal selia oleh MACEE, rakan kongsi yang bertanggungjawab dalam mempromosikan program pertukaran pendidikan antara kedua-dua negara, terutamanya bagi program Fulbright.

Daripada jumlah ini, 1,019 merupakan penerima geran Malaysia dan 1,682 adalah penerima geran Amerika Syarikat.

Turut hadir YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg. Dato' Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohammad Shatar Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif MQA, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md. Amin bin Md. Taff, Naib Canselor UPSI, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM serta Mr. Curtis Johnson, Pengarah Eksekutif Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE).

  • Last updated on .
  • Hits: 3302
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 29 March 2024, 08:50:00.