Program Kasih Ramadan KPT 2022 Kongsi Rezeki : Penyerahan Bakul Kasih Ramadan

Program Kasih Ramadan KPT 2022 Kongsi Rezeki : Penyerahan Bakul Kasih Ramadan
English translation not available for this content.

YBhg. Datin Seri Arida Abdul Razak selaku Pengerusi PUSPANITA CKPT semalam telah berbesar hati menyempurnakan Program Kasih Ramadan KPT 2022 Kongsi Rezeki : Penyerahan Bakul Kasih Ramadan yang diadakan di Lobi Kementerian Pengajian Tinggi.

Program ini merupakan usahasama PUSPANITA Cawangan KPT melalui Biro Kebajikan dan Kesukarelawanan, Kelab Sukan & Kebajikan KPT dan Surau 'Ibadurrahman KPT.

Sebanyak 100 buah Bakul Kasih Ramadan telah berjaya diserahkan kepada 100 orang warga KPT, jabatan dan agensi dibawahnya. Penyerahan Bakul Kasih Ramadan ini disempurnakan oleh YBhg. Datin Seri Arida Abdul Razak dengan diiringi oleh En. Mohd Haziman Bin Ab Ghani, Timb. Presiden Kelab Sukan & Kebajikan KPT dan En. Mohd Fairuz Bin Modi, Presiden Surau 'Ibadurrahman KPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 6454
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 29 March 2024, 08:50:00.