Program Malaysia Prihatin di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat

English translation not available for this content.

Hari ini telah diadakan Program Malaysia Prihatin bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi.

Program ini bertujuan untuk memberi penjelasan kepada masyarakat berhubung inisiatif dan langkah-langkah yang diambil Kerajaan dalam menangani COVID-19 serta penjelasan mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Turut berlangsung adalah sesi forum bertajuk Vaksin: Isu dan Cabaran mendepani Pasca Covid selain pembukaan kaunter pameran, pendaftaran vaksin dan pemeriksaan asas kesihatan.

Turut hadir Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT, Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), KPT, Prof Dato Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dato' Dr. Mohammad Shatar Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly, Naib Canselor, UTHM.

Program Malaysia Prihatin di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat

  • Last updated on .
  • Hits: 8819
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.