Program Malaysia Prihatin di Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal, Pulau Pinang

English translation not available for this content.

YB Dato’ Mansor Haji Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah menghadiri Program Malaysia Prihatin di Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini.

Program ini merupakan salah satu usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam memberi penerangan berkenaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang telah dilancarkan oleh kerajaan.

Dalam program tersebut, YB Timbalan Menteri telah menyeru agar orang ramai menyertai program imunisasi ini bagi bersama-sama membantu kerajaan memutuskan rantaian penularan pandemik COVID19 ini.

Selain melalui aplikasi MySejahtera, orang ramai juga boleh mendaftar bagi Program Imunisasi ini melalui laman web khusus COVID-19 atau hubungi 1800-888-828 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah mewakili Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM).

  • Last updated on .
  • Hits: 7081