Program S4S: Santunan MADANI KPT Bantu Mangsa Banjir Di Sabah

Program S4S: Santunan MADANI KPT Bantu Mangsa Banjir Di Sabah
English translation not available for this content.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) telah mengadakan Program Students for Society (S4S): Santunan Madani Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) @ Sabah di sini pagi tadi.

Penglibatan seramai 85 sukarelawan kakitangan dan pelajar daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) berpadu tenaga membersihkan Dewan Mini Kampung Maruah/Sumagid, Telipok dan rumah penduduk berhampiran yang terjejas akibat banjir turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud.

YB Timbalan Menteri (YBTM) yang menyantuni sukarelawan bertugas turut menyampaikan bantuan Sumbangan Bencana oleh Yayasan Perkasa Siswa kepada Pengurusan Tertinggi UMS, UiTM Kota Kinabalu dan Politeknik Kota Kinabalu.

Bantuan sumbangan ini memanfaatkan seramai 75 orang mahasiswa yang terkesan akibat banjir yang telah dikenalpasti.

Dalam pada itu, YBTM turut menyaksikan penyerahan bantuan barangan keperluan dapur daripada pihak UiTM kepada penduduk setempat yang terjejas.

Hadir sama Naib Canselor UMS, Datuk Prof Dr. Kasim Hj. Md. Mansur; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMS, Prof Madya Dr. raman Noordin; Timbalan Rektor HEPA UiTM Kota Kinabalu, Dr Dayang Ku Habibah Awang Kee serta Pengarah Politeknik Kota Kinabalu, Md Nor Abdul Halim. 

  • Last updated on .
  • Hits: 885
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 18 September 2024, 09:29:54.

sirim-logo