PTPTN Dan YVATM Jalin Kerjasama Strategik Untuk Manfaat Anak-anak Veteran ATM

PTPTN dan YVATM Jalin Kerjasama Strategik Untuk Manfaat Anak-anak Veteran ATM
English translation not available for this content.

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT bersama rakan sejawatnya, YBhg. Dato' Sri Muez Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan telah menyaksikan majlis tandatangan memorandum persefahaman (MoU) antara PTPTN dan Yayasan Veteran ATM (YVATM) di Menara PTPTN petang tadi.

MoU telah ditandatangani oleh YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN manakala mewakili YVATM adalah YBhg. Mejar Jeneral Zambery Jefry Haji Darus, Ketua Pengarah JHEV ATM merangkap Ketua Pegawai Eksekutif YVATM.

Memorandum yang dimeterai itu sebagai tanda jalinan kerjasama strategik kedua-dua organisasi bagi menyantuni keperluan pendidikan anak-anak Veteran ATM antaranya dengan memperkenalkan inisiatif-inisiatif seperti Program Insentif Simpanan Anak Veteran ATM; Program Dermasiswa Anak ATM/Veteran ATM; Program Sahabat PTPTN; program CSR kesejahteraan warga YVATM; serta program promosi produk dan perkhidmatan bersama.

Selain itu, di bawah MoU ini juga, PTPTN akan memberikan sumbangan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime melalui Program Dermasiswa berjumlah RM50,000 untuk 500 anak ATM/ veteran ATM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

Sumbangan tersebut adalah suntikan motivasi dan galakan kepada hasil usaha dan kejayaan anak-anak tersebut, selain komitmen PTPTN untuk mentransformasikan minda masyarakat Malaysia bagi meningkatkan kesedaran tabungan pendidikan demi kebaikan generasi hadapan.

  • Last updated on .
  • Hits: 2854
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 16:20:33.