Rangkuman Sekitar Aktiviti KPT dalam Jelajah AKM Sabah Pagi Ini

Rangkuman Sekitar Aktiviti KPT dalam Jelajah AKM Sabah Pagi Ini
English translation not available for this content.

Sekitar rangkuman aktiviti-aktiviti dari pelbagai jabatan dan agensi KPT pada hari ke-3 Jelajah Aspirasi #KeluargaMalaysia di SICC Sabah pagi tadi.

JPPKK terus menawarkan program khidmat bakti dengan penganjuran kursus pembuatan Kek Batik Horlick Milky Cheese melalui program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) serta pembaikan asas motosikal yang bertempat di Kolej Komuniti Penampang.

Manakala, reruai KPT di SICC terus didatangi para pengunjung yang ingin melihat demonstrasi cetakan 3D oleh JPPKK serta mendapatkan konsultasi pemeriksaan mata dari Hospital Universiti Malaysia Sabah.

Mari beramai-ramai ke SICC Sabah dan alami sendiri pameran-pameran #KeluargaMalaysia dari pelbagai kementerian serta agensi sebelum ia melabuhkan tirainya petang nanti.

Mari #KeluargaMalaysia Sabah datang ke SICC hari ini dan esok bagi memeriahkan lagi Jelajah Aspirasi #KeluargaMalaysia Sabah.

  • Last updated on .
  • Hits: 3633
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.