Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kehadiran YBM bersama-sama dengan warga KPT yang lain

English translation not available for this content.

Hari ini telah diadakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi bersama-sama dengan warga KPT yang lain.

Pelbagai aktiviti telah diatur dengan penglibatan warga Kementerian seperti senamrobik, acara ‘brisk walk’ sejauh 2.5 kilometer dan cabutan nombor bertuah bagi menggalakkan amalan gaya hidup cergas dan aktif di kalangan warga KPT.

Sambutan Hari Sukan Negara ini juga diharapkan dapat menyemarakkan semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum.

Program ini turut dihadiri Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT dan Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Last updated on .
  • Hits: 5531