Sesi Beramah Mesra YBM bersama warga Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi (LTA@KKLK)

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi berkesempatan beramah mesra bersama warga Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi (LTA@KKLK) sempena sesi lawatan kerja ke Kolej Komuniti Langkawi hari ini.

YB Menteri berkesempatan menyerahkan kit persediaan kepada calon Pertandingan Worldskills Shanghai 2022 dalam kategori Bidang Restaurant Service kepada Saudara Dhineswaran a/l Jayakumar.

Pertandingan ini akan berlangsung pada 12 hingga 17 Oktober 2022 dan beliau merupakan salah seorang calon peserta daripada LTA@KKLK yang akan berentap untuk mewakili Malaysia ke pertandingan tersebut.

Dalam majlis sama, YB Menteri turut menyempurnakan penyerahan baucar makanan Food@Campus kepada 130 orang pelajar B40 LTA@KKLK.

Turut hadir YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT, YBrs. Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Puan Haslinda Abd Hamid, Pengarah LTA@KKLK.

  • Last updated on .
  • Hits: 5221
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.