Sesi Libat Urus YB Menteri Pengajian Tinggi bersama Posse Foundation

Sesi Libat Urus YB Menteri Pengajian Tinggi bersama Posse Foundation
English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah mengadakan perbincangan bersama anggota pengurusan Posse Foundation, di sini.

Beliau telah disambut oleh Ms. Deborah Bial, Pengasas dan Presiden Posse Foundation dan diberi taklimat ringkas mengenai operasi yayasan ini yang ditubuhkan pada tahun 1989, dengan tujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam melanjutkan pengajian.

Menariknya, 57 peratus daripada alumni Posse tahun ini merupakan anggota pertama dalam keluarga mereka yang berjaya menamatkan pengajian dari universiti.

Justeru, antara intipati pertemuan tersebut turut membincangkan model yang dilaksanakan oleh yayasan ini yang boleh dijadikan penanda aras bagi Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) yang memfokuskan usaha membantu pelajar B40 menjadi individu pertama dalam keluarga menjejak kaki ke menara gading.

Kunjungan ke Posse Foundation merupakan sebahagian daripada program lawatan kerja YB Menteri ke Amerika Syarikat yang dijangka berakhir hari ini.

Beliau dijadualkan akan menyampaikan ucaptama bertajuk Pengalaman Malaysia Melaksanakan Pembelajaran Sepanjang Hayat Yang Mampan dan Inklusif melalui Edudata pada hari ini jam 10.00 pagi waktu tempatan bersamaan 10.00 malam waktu Malaysia.

{gallery}hebahan/sorotan_aktiviti/2022/06/2022-06-14-posse/gallery}
  • Last updated on .
  • Hits: 3176
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 29 March 2024, 08:50:00.