Sesi Libat Urus YBM bersama Pejabat Education Malaysia (EM) di Luar Negara

English translation not available for this content.

Sesi Libat Urus YBM bersama Pejabat Education Malaysia (EM) di Luar Negara

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mempengerusikan Sesi Libat Urus bersama Pejabat Education Malaysia (EM) di Luar Negara yang telah diadakan di Kementerian Pengajian Tinggi petang tadi.

Sesi tersebut merupakan platform kepada semua wakil Pejabat Education Malaysia serta pihak pengurusan tertinggi KPT untuk membincangkan pelbagai perkara dan isu berkaitan pendidikan tinggi Malaysia di peringkat antarabangsa.

Turut sama dalam sesi libat urus tersebut ialah YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato' Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Prof. Madya Dr. Mohd Azmir bin Mohd Nizah, Pengarah Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi.

  • Last updated on .
  • Hits: 6390
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 29 March 2024, 08:50:00.