SUKIPT 2022 pada Ogos di UPSI

SUKIPT 2022 Pada Ogos di UPSI
English translation not available for this content.

Menteri Pengajian Tinggi YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, hari ini telah merasmikan Majlis Pelancaran Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2022 yang kini kembali dianjurkan selepas tertangguh penganjurannya pada 2020 akibat COVID-19, bagi melahirkan persaingan kompetitif dan memberi ruang kepada mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) bergiat aktif dalam arena sukan.

Lebih 6,000 atlet dan 70 kontinjen akan bersaing dalam 21 acara yang dipertandingkan pada kejohanan yang menawarkan 210 pingat emas bermula 12 hingga 21 Ogos di Universiti Pendidikan Sultan Idris

KPT bersetuju memberikan beberapa Insentif Kecemerlangan SUKIPT yang baharu iaitu Olahragawan dan Olahragawati SUKIPT masing-masing bakal menerima wang tunai RM3,000.

Pasukan Terbaik Lelaki dan Wanita SUKIPT pula akan menerima wang tunai RM7,000 dan pemain yang berjaya melakukan hole-in-one bagi sukan golf ditawarkan wang tunai RM1,000.

Selain itu, wang tunai berjumlah RM20,000 turut akan diberikan secara bersama kepada atlet yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan sukan yang bermula pada 2012 itu.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengajian Tinggi YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT) YBhg. Prof. Dato' Dr Hussaini Omar, Ketua Pengarah JPPKK YBrs. Ts Dr. Zainab Ahmad dan Naib Canselor UPSI YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md. Amin Md. Taff.

  • Last updated on .
  • Hits: 3458
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 17 April 2024, 19:21:18.