Taklimat Khas Inisiatif Kerajaan Di Bawah Program Malaysia Prihatin serta Taklimat Vaksin Covid-19 daripada Wakil Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah di Politeknik Seberang Perai

English translation not available for this content.

YB Dato’ Dr. Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah menyampaikan taklimat khas berkenaan inisiatif kerajaan di bawah Program Malaysia Prihatin di Politeknik Seberang Perai hari ini.

Selain itu, turut diadakan ialah taklimat berkenaan vaksin Covid-19 daripada wakil Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah. Program seumpama ini merupakan Siri ke-2 yang telah dilaksanakan di peringkat Negeri Pulau Pinang bagi memberi penerangan kepada masyarakat berkenaan Malaysia Prihatin dan kepentingan vaksin.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan sesi penyerahan Robot Micro Reno kepada Sekolah Kebangsaan Sg. Duri dan Watikah Lantikan Mentor kepada Politeknik Seberang Perai.

YB Timbalan Menteri turut berkesempatan merasmikan bangunan tambahan baharu Perpustakaan Politeknik Seberang Perai.

Diharap dengan adanya bangunan tambahan baharu ini akan memberi manfaat serta kemudahn yang kondusif untuk warga Politeknik Seberang Perai dan seterusnya meningkatkan lagi kecemerlangan pelajarnya.

Turut hadir sama ialah YBrs. Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

  • Last updated on .
  • Hits: 5884
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.