TCS, SC Nyata Hasrat Kerjasama Bangunkan Bakat Mahasiswa

TCS, SC Nyata Hasrat Kerjasama Bangunkan Bakat Mahasiswa
English translation not available for this content.

KPT komited untuk menjadikan Malaysia sebagai hab terunggul di rantau ini di mana bakat-bakat tempatan serta global terbaik berkumpul dan mencari ilmu sehingga negara dapat menjadi pusat pengetahuan sejagat.

Azam ini telah diungkapkan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi tatkala mengutuskan amanat tahun baharunya kepada semua pemegang taruh sektor pendidikan tinggi negara bulan lalu.

Hasrat beliau tersebut telah mendapat perhatian para pemain industri tempatan dan global yang ingin membantu merealisasikan pembangunan Malaysia sebagai bakat hab tersohor serantau.

Antaranya Tata Consultancy Services (TCS), sebuah syarikat antarabangsa berteraskan teknologi dan solusi digital yang telah membuat kunjung hormat ke atas YB Menteri bagi mengintai peluang kerjasama strategik membangunkan program mengasah bakat-bakat mahasiswa di IPT setara pasaran global.

Selain itu, YB Menteri telah turut menerima lawatan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang mempunyai misi berkaitan iaitu menyediakan platform yang mampu menghubungkan sektor industri dengan bakat-bakat mahasiswa terbaik di IPT tempatan.

Kedua-dua kunjungan petang tadi bakal merintis peluang kerjasama yang bukan sahaja dapat mengeratkan sektor industri dan pendidikan tinggi, malah mengukuhkan lagi jenama Malaysia di mata dunia.

  • Last updated on .
  • Hits: 2005
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 23 April 2024, 10:59:17.