Tengku Mahkota Kelantan Dimasyhur Sebagai Pro-Canselor UMK

Tengku Mahkota Kelantan Dimasyhur Sebagai Pro-Canselor UMK
English translation not available for this content.

Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam satu istiadat yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, bersempena Konvokesyen UMK Ke-14.

Watikah pemasyhuran telah dipersembahkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan terhadap peranan institusi diraja dalam memperkukuh pendidikan tinggi negara.

Pelantikan ini mencerminkan komitmen Kementerian Pendidikan Tinggi dalam merapatkan hubungan strategik dengan institusi diraja, seterusnya menyokong pembangunan universiti melalui kepimpinan berwibawa dan berwawasan.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan; Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah; serta barisan Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi universiti.

Dengan pelantikan ini, KPT yakin UMK akan terus diperkasa sebagai institusi berteraskan keusahawanan, berlandaskan nilai tempatan dan berorientasikan aspirasi global.

  • Last updated on .
  • Hits: 221
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 15 May 2025, 10:21:07.

sirim-logo