YB Dato' Mohammad Yusof Haji Apdal Angkat Sumpah Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi

YB Dato' Mohammad Yusof Haji Apdal Angkat Sumpah Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
English translation not available for this content.

YB Dato' Mohammad Yusof Haji Apdal, Ahli Parlimen Lahad Datu hari ini telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir menyaksikan majlis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu.

YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi bersama jemaah Timbalan Menteri yang lain telah melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Turut hadir YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT.

Seluruh warga KPT mengucapkan sekalung tahniah dan selamat bertugas kepada YB Dato' Mohammad Yusof Haji Apdal.

  • Last updated on .
  • Hits: 4772
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.