YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Angkat Sumpah Sebagai Menteri Pendidikan Tinggi

YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Angkat Sumpah Sebagai Menteri Pendidikan Tinggi
English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ahli Parlimen Kota Tinggi hari ini telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Pendidikan Tinggi di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur.

Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir menyaksikan majlis itu.

Hadir sama Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

YB Menteri Pendidikan Tinggi bersama kedua-dua Timbalan Perdana Menteri dan kesemua Jemaah Menteri yang lain telah melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Turut hadir YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT.

Seluruh warga KPT mengucapkan sekalung tahniah dan selamat bertugas kepada YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

  • Last updated on .
  • Hits: 4403
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 April 2024, 16:08:46.