YB Menteri Hadiri Mesyuarat Yayasan Peneraju

YB Menteri Hadiri Mesyuarat Yayasan Peneraju
English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menghadiri

Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah bilangan ketiga untuk Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) yang dipengerusikan oleh YB Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) di Menara UEM, Kuala Lumpur pagi tadi.

Yayasan Peneraju merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) yang memberi tumpuan kepada pengukuhan pembinaan keupayaan ke arah bakat Bumiputera yang mampan.

Dalam mesyuarat pagi tadi, YB Datuk Seri Dr. Noraini bersama ahli lembaga lain telah membincangkan berkenaan beberapa perkara berkaitan pencapaian dan hala tuju Yayasan Peneraju dalam menjayakan objektif yang telah disasarkan bagi meningkatkan kualiti, kuantiti dan kebolehpasaran bakat Bumiputera.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Yayasan Peneraju adalah seperti program pembiayaan akademik, pensijilan TVET, profesional, teknologi dan kepakaran selaras dengan gagasan kerajaan untuk memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

  • Last updated on .
  • Hits: 2116
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.