YB Menteri Tekankan Kepimpinan Holistik Dalam Dialog Bersama Pensyarah Muda IPTA

YB Menteri Tekankan Kepimpinan Holistik Dalam Dialog Bersama Pensyarah Muda IPTA
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menegaskan kepentingan membina budaya kepimpinan holistik dalam kalangan generasi akademik baharu menerusi pendekatan yang menyeluruh merangkumi aspek minda, hati dan tindakan.

Beliau berkata demikian semasa sesi dialog bersama 120 orang pensyarah muda dari Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti sempena penutupan Program KARISMA Pemimpin Muda Madani 2025 yang berlangsung di Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pagi tadi.

Sesi tersebut memberi ruang kepada peserta untuk berdialog secara terbuka dan interaktif bersama YB Menteri, menyentuh pelbagai isu melibatkan hala tuju pendidikan tinggi, pembangunan bakat, kebebasan akademik, hubungan dengan industri serta cabaran pensyarah muda dalam memperkukuh peranan institusi masing-masing.

  • Last updated on .
  • Hits: 242
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 11 July 2025, 07:31:15.

sirim-logo