YB Timbalan Menteri Rasmikan INTEX 2022

YB Timbalan Menteri Rasmikan INTEX 2022
English translation not available for this content.

Sempena lawatan kerja beliau ke UNIMAS hari ini, YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah diberi penghormatan untuk merasmikan Majlis Penutup Ekspo Inovasi dan Teknologi UNIMAS (INTEX 2022)

Sebanyak 160 produk penyelidikan telah menyertai INTEX 2022 yang telah memasuki tahun ke-15 penganjurannya. Pada tahun ini, ia diadakan pada 15 dan 16 Jun sebagai platform kepada ahli akademik untuk mempamer dan membentangkan penemuan penyelidikan mereka, dan kemudiannya menterjemahkannya menjadi hasil penyelidikan yang inovatif dan kreatif dalam bentuk produk, idea serta reka bentuk.

Terdapat empat kluster penyelidikan utama yang dibentangkan di INTEX 2022 iaitu, sains tulen, teknologi maklumat dan komunikasi, teknologi dan kejuruteraan, serta sains sosial dan kemanusiaan.

Pada majlis ini, YB Timbalan Menteri juga menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian pelesenan dan pengkomersilan antara UNIMAS dan pelbagai pemain industri. Di samping itu, beliau turut menyampaikan anugerah Kluster Penyelidikan Terbaik dan Johan Keseluruhan INTEX 2022.

Turut hadir Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Pengerusi LPU UNIMAS dan Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor UNIMAS.

  • Last updated on .
  • Hits: 5589
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 23 April 2024, 10:59:17.