YBM Beramah Mesra bersama-sama Pasukan Bola Sepak Wanita Kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah berkesempatan meluangkan masa meraikan dan beramah mesra bersama-sama pasukan bola sepak wanita kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

YB Menteri telah menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada pasukan ini yang baru sahaja pulang ke tanah air dari aksi Pusingan Kelayakan Piala Asia 2022 (Kumpulan H) di Tebing Barat, Palestin.

Dalam majlis yang sama, YB Menteri turut menyerahkan surat tawaran melanjutkan pengajian dan kit kemasukan pelajar baharu ke institusi pendidikan tinggi kepada beberapa orang pemain bola sepak wanita kebangsaan yang terpilih.

YB Menteri juga berharap agar lebih banyak pasukan bola sepak wanita di peringkat kolej atau universiti tempatan dapat diwujudkan dan menyertai pelbagai kejohanan domestik dan di peringkat antarabangsa.

Turut hadir YBhg. Datuk Haji Hamidin b. Haji Mohd Amin, Presiden, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Prof. Ts. Dr. Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Norhasni Zainal Abidin, Pengarah Kanan, Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mewakili Naib Canselor UPNM.

  • Last updated on .
  • Hits: 5275

MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.