YBM Hadiri Taklimat PTPTN

YBM Hadiri Taklimat PTPTN
English translation not available for this content.

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menerima taklimat pengoperasian dan hala tuju Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara di pejabatnya pagi tadi.

Taklimat yang telah disampaikan oleh Ketua Eksekutifnya, YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid itu turut membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh PTPTN semenjak 25 tahun penubuhannya.

Selain itu, PTPTN turut membentangkan pelan strategik serta inisiatif dalam usaha menarik minat para penyimpan baharu serta meningkatkan kutipan para peminjam tegar.

Turut sama YBhg. Dato' Mohammad Yusof Haji Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, YBhg. Dato' Megat Ahmad Sany Megat Supian, TKSU (Dasar) KPT dan YBrs. Dr. Apli Yusoff, Pengerusi PTPTN.

  • Last updated on .
  • Hits: 2455
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.