Menteri Pengajian Tinggi menghadiri Mesyuarat Majlis Pekerjaan Negara (NEC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia

English translation not available for this content.

Hari ini YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi menghadiri Mesyuarat Majlis Pekerjaan Negara atau National Employment Council (NEC) yang dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia yang diadakan secara dalam talian. Kementerian Pengajian Tinggi telah diberikan tanggungjawab untuk menerajui dua daripada Pasukan Petugas Khas atau Specialised Task Force (STF) dalam NEC, iaitu STF National Education (NE) bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan STF TVET bersama-sama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Dalam mesyuarat ini, KPT telah membentangkan dua kertas kerja tersebut yang memfokuskan kepada strategi jangka pendek dan jangka panjang yang dirancang untuk dilaksanakan bagi kedua-dua Pasukan Petugas Khas. NEC dibentuk bagi merealisasikan strategi menjana dan mengekalkan pekerjaan selaras dengan matlamat pertama Belanjawan 2021 iaitu ‘Kesejahteraan Rakyat’. Kolaborasi strategik merentas kementerian yang disokong oleh keterlibatan pihak industri juga akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan institusi pendidikan dapat merancang serta melatih pelajar dengan ilmu dan kemahiran yang memenuhi keperluan industri.

  • Last updated on .
  • Hits: 7232
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.