YBM Melawat Galeri Koompassia Excelsa

English translation not available for this content.

Dalam rangka lawatan ke UNIMAS, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi berpeluang melawat Galeri Koompassia Excelsa yang tersergam indah untuk merakamkan kisah pencapaian dan catatan bersejarah UNIMAS bagi dijadikan rujukan generasi mendatang. Beliau turut menyempurnakan majlis penanaman pokok ‘Bucida’ di perkarangan galeri tersebut.

Turut dilawati ialah Dewan Wakaf Yusuf Marais yang dijadikan Dewan Peperiksaan Berpusat UNIMAS yang terdiri daripada empat dewan kecil dengan setiap satu boleh memuatkan sebanyak 180 meja dan kerusi peperiksaan. Kapasiti keseluruhan dewan ini dapat menampung sebanyak 720 orang.

Seterusnya, YB Menteri telah menghadiri Majlis Bersama YBM KPT oleh Pegawai Kanan dan Pengurusan UNIMAS di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA.

Pada majlis tersebut, beliau telah menyampaikan 16,000 kit ujian Rapid Test Kit (RTK) kepada Naib Canselor UNIMAS bagi pihak universiti untuk kegunaan melakukan saringan COVID 19 dari kalangan pelajar melalui RTK@CAMPUS.

Selain itu, turut disampaikan baucar makanan untuk FOOD@CAMPUS bernilai RM300,000 yang melibatkan seramai 250 orang pelajar UNIMAS terdiri daripada kumpulan B40 sepanjang semester 1 2021/2022.

  • Last updated on .
  • Hits: 5219
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 16:20:33.