YBM Melawat Tapak Pembinaan Hospital Pengajar UNIMAS

English translation not available for this content.

Sebelum berlepas pulang, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi sempat meluangkan masa melawat tapak pembinaan Hospital Pengajar UNIMAS dan mendengar taklimat daripada pengurus projek.

Projek yang bernilai RM560 juta ini dilaksanakan secara reka dan bina, terletak bersebelahan dengan Kampus UNIMAS di Kota Samarahan. Dengan lokasi yang strategik ini, HPU ini dijangka akan memberi perkhidmatan kepada 1.2 juta orang penduduk di sekitar Bahagian Samarahan, Kuching, Serian dan Sri Aman.

Dengan keluasan tapak projek 68.7 ribu meter persegi, fasa pertama pembinaan dijangka siap pada bulan Mac 2023, manakala fasa kedua pula pada bulan Mac 2025.

Fasa pertama projek meliputi pembinaan Pusat Kesihatan Prima, blok sokongan (termasuk Kafe, Surau, Taska) serta tempat letak kereta. Pusat Kesihatan Prima adalah bangunan dua tingkat, yang merangkumi Klinik Pesakit Luar, Klinik Ibu dan Anak, Fasiliti Makmal, Radiologi dan Farmasi Pandu lalu. Ia adalah komponen penting untuk FPSK memulakan program Sarjana Perubatan Keluarga.

Manakala fasa kedua projek meliputi penyiapan Blok Utama Hospital, setinggi lima tingkat. Ia akan dilengkapi dengan 300 katil dan 12 dewan bedah. Selain dari fasiliti perkhidmatan kesihatan, Blok Utama HPU juga mempunyai kemudahan untuk penyelidikan dan wad peperiksaan.

  • Last updated on .
  • Hits: 6517
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.