YBM mengadakan lawatan ke tapak Projek Tanaman Kelulut yang diusahakan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Simpang Renggam, Johor.

YBM mengadakan lawatan ke tapak Projek Tanaman Kelulut yang diusahakan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Simpang Renggam, Johor.
English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, hari ini mengadakan lawatan ke tapak Projek Tanaman Kelulut yang diusahakan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Simpang Renggam, Johor.

Program ini dilaksanakan berasaskan prinsip program tanggungjawab sosial menggunakan ‘experiential learning’ di mana ia dapat memberi pemindahan pengetahuan & manfaat yang segera di kalangan masyarakat.

Objektifnya ialah untuk membantu golongan B40, asnaf, ibu tunggal, serta yang terkesan akibat COVID19 untuk menjana pendapatan tambahan melalui ternakan kelulut moden UTM.

Menariknya, projek ini dilaksanakan melalui kaedah ternakan kelulut modular inovasi UTM yang mempunyai reka bentuk hive dan menggunakan bahan berasaskan konkrit formulasi khas UTM yang tahan lama dan sangat mudah digunakan. Melalui teknologi ini juga menyebabkan kadar penyelenggaran yang minimum dengan kadar penghasilan madu sehingga 300% lebih tinggi.

Turut hadir Datuk Zakaria Dullah, Pengerusi Koperasi Eco Usahawan Johor Berhad dan Prof Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM.

  • Last updated on .
  • Hits: 5324
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 16:20:33.