YBM menghadiri Sesi Report Card Day Pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari Anggota Jemaah Menteri bersama Perdana Menteri Malaysia

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menghadiri Sesi Report Card Day Pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari Anggota Jemaah Menteri bersama YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia, di bangunan Parlimen Malaysia, semalam.

4 Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 Hari bagi Menteri Pengajian Tinggi yang telah dibentangkan pada sesi tersebut termasuk Program FOOD@CAMPUS Keluarga Malaysia dengan sebanyak 470,444 baucar makanan percuma bernilai RM15.00 bagi setiap baucar telah diberikan kepada mahasiswa-mahasiswa yang berkelayakan.

Aspirasi seterusnya adalah pemberian vaksin kepada warga pendidikan tinggi melalui Program VACC2CAMPUS yang memberi manfaat kepada pelajar, staf akademik dan staf bukan akademik yang berdaftar di dalam MySejahtera

Selain itu, pembekalan Rapid Test Kit (RTK) melalui Program RTK@CAMPUS yang melibatkan pelajar sedia ada, pelajar baharu dan pelajar luar kampus yang berulang-alik serta pelajar yang menunjukkan gejala.

Turut terdapat didalam aspirasi tersebut adalah penawaran peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan kepada pelajar IPT melalui Program GETHIRED@KPT. Ianya melalui empat inisiatif utama iaitu PENJANA KPT-CAP, Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan, Structured Internship Program (SIP) dan Program Keusahawanan.

Hadir sama dalam sesi tersebut Tan Sri Dato’ Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara.

  • Last updated on .
  • Hits: 5220
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.