YBM Menyertai Program Khidmat Bakti di Pulai Sebatang, Pontian

YBM Menyertai Program Khidmat Bakti di Pulai Sebatang, Pontian
English translation not available for this content.

Usai majlis pagi tadi, YB Menteri terus ke Pulai Sebatang untuk menyantuni sukarelawan dan ahli komuniti yang telah menyertai program khidmat bakti KPT Prihatin Keluarga Malaysia@Johor hari ini.

Aktiviti-aktiviti khidmat bakti seperti pemeriksaan dan rawatan kesihatan serta perkhidmatan servis asas motosikal yang dianjurkan telah mendapat respon yang baik daripada masyarakat setempat.

Dalam pada itu, HPUSM dan UPSI turut menggerakkan petugas mereka ke 4 buah rumah berdekatan bagi membuat pemeriksaan kesihatan bagi pesakit yang terlantar.

Kesemua aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada program KPT Prihatin Keluarga Malaysia@Johor yang memfokuskan khidmat bakti kepakaran serta perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh jabatan dan agensi kementerian kepada rakyat Johor.

Turut mengiringi YB Menteri ialah Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan KSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah JPT, YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohammad Shatar Sabran, CEO MQA dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md. Amin Md. Taff, Naib Canselor UPSI.

  • Last updated on .
  • Hits: 6709
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.