YBM Merasmikan Seminar Perancangan Strategik KPT 2022

YBM Merasmikan Seminar Perancangan Strategik KPT 2022
English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi pagi tadi telah menyampaikan Ucapan Hala Tuju Strategik dan Perasmian Seminar Perancangan Strategik KPT 2022 yang diadakan di Hotel Hatten, Melaka.

Seminar Perancangan Strategik atau SPS ini merupakan saluran untuk menganalisis pencapaian KPT pada tahun lepas berbanding sasaran yang ditetapkan, mengkaji di mana kelemahan pelaksanaan dan merangka strategi yang boleh diambil bagi mengatasi kelemahan sebelumnya.

Ia juga adalah sebagai satu platform untuk membentangkan perancangan program sama ada bersifat tahunan dalam bentuk Sasaran Kerja Tahunan (SKT) mahupun program bitara iaitu program-program besar yang mampu menganjak sektor pengajian tinggi ke mercu kegemilangan yang dapat diketengahkan pada tahun 2022.

Turut hadir YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, para pengurusan tertinggi KPT, para naib canselor UA, serta para ketua eksekutif agensi.

  • Last updated on .
  • Hits: 7716
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 29 March 2024, 08:50:00.