YBM rasmi Institut Bioteknologi Marin Universiti Malaysia Terengganu

English translation not available for this content.

Kunjungan YB Menteri ke UMT diteruskan dengan penyempurnaan majlis perasmian Institut Bioteknologi Marin (IMB) yang ditubuhkan pada tahun 2006 untuk menerajui R&D dalam bidang bioteknologi marin.

Penubuhan IMB sejajar dengan usaha negara untuk mengembangkan bioteknologi sebagai salah satu sektor teras untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat sesuai dengan dasar Bioteknologi Nasional.

Selepas itu, YB Menteri dibawa melawat Makmal Perubahan Iklim dan Adaptasi (Climate Change Adaptation (CCA) Laboratory) dan diberi taklimat mengenai pengoperasiannya.

Dengan penubuhan makmal yang dilengkapi dengan teknologi termaju ini, UMT mempunyai kemampuan untuk menerajui penyelidikan canggih mengenai spesies akuatik dan penyesuaian iklim, mempromosikan pembangunan hasil saintifik dan menghasilkan pangkalan data yang amat bernilai untuk manfaat rakyat dan negara.

  • Last updated on .
  • Hits: 3160
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 11:52:58.