YBM Saksi MoU Antara UniMAP dan NTU

YBM Saksi MoU Antara UniMAP dan NTU
English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Nottingham Trent University (NTU) yang berlangsung di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.

MoU ditandatangani oleh Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP dan Dr. Gareth Williams, Associate Dean – Resource and Planning Social Sciences International Partnership of NTU.

Kerjasama rapat UniMAP dengan NTU bertujuan membangunkan kerja penyelidikan dan perundingan yang berkualiti, khususnya dalam bidang biosains, kimia, pengkomputeran dan teknologi dan kejuruteraan, khusus disesuaikan dengan industri dan akademik.

Ianya akan diperluaskan untuk menghasilkan jawatan pelajar siswazah, penerbitan buku, perjanjian pelesenan, pendaftaran hak harta intelek dan pengetahuan baharu yang akan memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya.

Turut hadir TKSU (Pengurusan & Pembangunan), Pengerusi EMGS dan Ketua Pegawai Eksekutif MQA.

  • Last updated on .
  • Hits: 3237
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.