YBM Terima Taklimat Pelan Transformasi TVET JPPKK

YBM Terima Taklimat Pelan Transformasi TVET JPPKK
English translation not available for this content.

YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi hari ini telah menerima taklimat Pelan Transformasi dan Hala Tuju TVET kelolaan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, Ketua Pengarah JPPKK. Selain pembentangan pelan transformasi, taklimat tersebut turut membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi dalam menjayakan agenda pemerkasaan TVET negara.

Selain itu, YB Menteri turut diberi taklimat mengenai program-program berimpak tinggi yang akan dilaksanakan oleh JPPKK sepanjang tahun 2023.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, YBrs. Dr. Shamsuri Abdullah, Pengarah Bahagian Koordinasi TVET JPPKK serta pegawai-pegawai kanan JPPKK.

  • Last updated on .
  • Hits: 2552
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.