YBM Ziarah Keluarga Allahyarham Muhammad Nabil Haikal, Pelajar USAS Mangsa Tragedi Terowong Menora

YBM Ziarah Keluarga Allahyarham Muhammad Nabil Haikal, Pelajar USAS Mangsa Tragedi Terowong Menora
English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, malam tadi telah menziarahi keluarga Allahyarham Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, salah seorang daripada lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang menjadi korban tragedi kemalangan berhampiran Terowong Menora tempohari.

Jenazah Allahyarham, seorang pelajar semester 2, Diploma Pentadbiran Perniagaan, USAS, telah dikebumikan di kampung halaman keluarganya di Sg. Mahang, Nilai, Negeri Sembilan pagi semalam.

Dalam kunjungan tersebut, YB Menteri turut menyampaikan sumbangan peribadi serta dari agensi-agensi di bawah KPT seperti EMGS, MQA dan PTPTN sebagai tanda simpati atas tragedi yang menimpa keluarga Allahyarham.

Turut hadir YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, KPPT, YBhg. Datin Maizatul Akmam Alawi, Pengerusi EMGS, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, serta YBhg. Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin Kardi, Naib Canselor USAS.

Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Dan semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi dugaan Allah. Darinya kita hidup dan kepadanya kita kembali. Al-Fatihah.

  • Last updated on .
  • Hits: 5338
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 23 April 2024, 10:59:17.