YDP Agong Berkenan Berangkat Menyempurnakan Majlis Pelancaran Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT)

YDP Agong Berkenan Berangkat Menyempurnakan Majlis Pelancaran Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT)
English translation not available for this content.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan menyempurnakan majlis pelancaran TAR UMT di Kampus Induknya di Kuala Lumpur pagi tadi.

Keberangkatan tiba baginda bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah itu telah disambut oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi serta YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pendidikan TARC.

Pada November lalu, JPT telah meluluskan pendaftaran Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) untuk dinaik taraf menjadi sebuah universiti dengan nama baharu iaitu, Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT).

Kekal dengan objektif penubuhannya sejak 54 tahun lalu, TAR UMT komited untuk menawarkan peluang pendidikan tinggi bertaraf antarabangsa pada kos berpatutan kepada seluruh masyarakat berbilang kaum di Malaysia sekaligus menjadi IPT yang unggul dalam mengasah bakat yang dapat menyumbang kepada pembangunan industri dan kesejahteraan sosioekonomi negara serta rantau ASEAN.

Turut hadir YBhg. Tan Sri Dato' Sri Liow Tiong Lai, Pengerusi Lembaga Pengelola TAR UMT, YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan YBhg. Prof. Ir. Dr. Lee Sze Wei, Presiden TAR UMT.

  • Last updated on .
  • Hits: 3461
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.