Broadcast

Ministry's latest announcement information

UNESCO Sultan Qaboos Prize for Environmental Conservation 2021

English translation not available for this content.

Negara anggota UNESCO telah dipelawa untuk memajukan pencalonan bagi UNESCO Sultan Qaboos Prize for Environmental Conservation 2021. Anugerah ini adalah untuk menghargai individu, kumpulan, institusi atau organisasi yang telah memberikan sumbangan terhadap pemeliharaan alam sekitar. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 anugerah ini diwujudkan dan ianya diadakan setiap 2 tahun serta turut menawarkan wang tunai USD100,000 dan sijil daripada Kerajaan Oman.

Setiap pemohon yang berminat dikehendaki melengkapkan borang permohonan pencalonan dan mengemukakan dokumen sokongan yang berkaitan berserta curriculum vitae (cv) pemohon kepada Bahagian Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pengajian Tinggi menerusi alamat emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan disalinkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 1 Julai 2021 (Khamis) untuk tujuan penyelarasan selanjutnya bersama pihak Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dikemukakan kepada Puan Noorfazlina binti Mohd Shahid di talian 03-88706243/019-3880534.

Setiap permohonan perlu disertai dengan sokongan dan rujukan oleh tiga (3) pihak yang arif tentang inisiatif yang sedang dilaksanakan. Bersama-sama ini dilampirkan dokumen berkaitan serta borang pencalonan untuk makluman dan rujukan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan jua. Maklumat lanjut juga boleh diperolehi menerusi pautan berikut https://en.unesco.org/mab/awards#sultan-qaboos.

Muat Turun

pdf Call for nominations for the UNESCO Sultan Qaboos Prize for Environmental Conservation 2021

  • Last updated on .
  • Hits: 472
Ministry of Higher Education Official Portal © All rights reserved
Last Modified: Monday 21 June 2021, 14:12:15.