Call for nominations for the UNESCO International Literacy Prizes 2021

English translation not available for this content.

Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) telah menerima hebahan daripada UNESCO di Paris mengenai UNESCO International Literacy Prizes 2021 dengan tema Inclusive distance and digital literacy learning. Anugerah UNESCO King Sejong Literacy Prizes dan UNESCO Confucius Prizes for Literacy adalah ditaja oleh Kerajaan Republik Korea dan Republik China untuk mengiktiraf sumbangan cemerlang individu, kerajaan dan agensi bukan kerajaan dalam mempromosikan literasi (promotion of literacy).

Individu yang berminat perlu melengkapkan proses permohonan dan pencalonan bagi anugerah ini secara atas talian melalui pautan http://www.unesco.org/ilp/account dan mengemukakan kertas kerja (Proposal) yang berkaitan kepada Bahagian ini menerusi alamat emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan disalinkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 13 Jun 2021 (Ahad) untuk diperakukan oleh pihak SKUM. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dikemukakan kepada Puan Noorfazlina binti Mohd Shahid di talian 03-88706243/019-3880534.

Bersama-sama ini dilampirkan surat hebahan, risalah serta Statues bagi UNESCO Confucius Prize for Literacy Prize dan Statues bagi UNESCO King Sejong Literacy Prize untuk makluman dan rujukan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan jua. Maklumat lanjut juga boleh diperolehi menerusi pautan berikut http://en.unesco.org/themes/literacy/prizes.

Muat Turun

archive UNESCO International Literacy 2021

  • Last updated on .
  • Hits: 4182