Malaysia-Australia Maritime Exchange Youth Scholars Virtual Visiting Fellowship 2022

English translation not available for this content.

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi pusingan kedua program Malaysia-Australia Maritime Exchange Youth Scholars Virtual Visiting Fellowship 2022 yang ditaja oleh Department of Foreign Affairs and Trade (DFAT), Australia dengan kerjasama Malaysia Institute di Australian National University (ANU) telah dibuka bagi calon-calon yang berminat.

Program Malaysia-Australia Maritime Exchange Youth Scholars Virtual Visiting Fellowship 2022 ini menawarkan biasiswa berjumlah AUD25,000 kepada kepada calon yang berjaya bagi tujuan pembiayaan aktiviti-aktiviti penyelidikan berkaitan isu maritim dan juga menawarkan peluang untuk digandingkan bersama institusi dan ahli akademik dari negara lain dalam mendapatkan sokongan dan nasihat berkenaan kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan.

Untuk makluman, terdapat dua (2) orang calon dari Malaysia yang sedang mengikuti program ini yang bermula pada Januari 2022 dan akan tamat pada Jun 2022. Bagi pusingan kedua program ini, tawaran dibuka kepada calon program kedoktoran atau ahli akademik muda dari Malaysia dan Australia dalam bidang maritim untuk tempoh masa bermula Julai hingga Disember 2022. Calon-calon yang berminat bagi mengikuti program ini boleh mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan melalui capaian: Call for Applications - Young Scholars Virtual Visiting Fellowships - Sem 2, 2022 - Malaysia Institute - ANU. Turut dimaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Mei 2022.

  • Last updated on .
  • Hits: 6065
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 29 March 2024, 08:50:00.