Nomination For The New Chair Of The Board Of Governors For The Commonwealth Of Learning (COL)

English translation not available for this content.

Sukacita dimaklumkan bahawa bersama-sama emel ini disertakan hebahan Commonwealth of Learning berkenaan pencalonan untuk Pengerusi Lembaga Pengelola (BoG) baharu bagi Commonwealth of Learning (COL).

Untuk makluman  YBhg. Datuk Seri/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, pencalonan untuk Pengerusi BoG baharu bagi COL adalah berikutan kematian Profesor Narend Baijnath, pada 1 Mei 2022 yang merupakan pengerusi BoG untuk COL sejak 1 Julai 2020. 

Pada masa ini, Ketua Setiausaha Komanwel kini sedang berusaha mencari pengganti bagi jawatan tersebut dan terdapat dua (2) syarat utama bagi jawatan Pengerusi BoG Commonwealth of Learning adalah seperti berikut:

i. Calon mestilah memiliki  kewarganegaraan negara anggota Komanwel; dan,

ii. mempunyai pengalaman dalam hal ehwal antarabangsa, advokasi dan kemahiran rangkaian serta minat dalam ICT dan Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL).

Pengerusi akan dilantik untuk tempoh tiga (3) tahun dan layak untuk dilantik bagi penggal kedua sehingga tiga (3) tahun seterusnya. walaubagaimanapun, jawatan tersebut adalah atas dasar sukarela. Oleh itu, tiada yuran atau honorarium akan dibayar kepada Pengerusi. Pengerusi hanya akan membayar balik semua perbelanjaan yang ditanggung dalam menjalankan aktiviti yang sesuai di bawah portfolio. Pencalonan bagi jawatan tersebut dibuka sehingga 31 Oktober 2022 dan boleh dikemukakan kepada pegawai di Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPT, Puan Nur Adilah Binti Ahmad Zainudin This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. bersama Cover Letter dan Curriculum Vitae (CV) yang lengkap. 

Sehubungan dengan itu, jasa baik dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan adalah dimohon untuk menyebar luas hebahan berhubung permohonan pengisian kekosongan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola (BoG) baharu bagi Commonwealth of Learning (COL) ini kepada agensi/institusi di bawah seliaan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ PuanBersama-sama ini dilampirkan maklumat berkaitan dengan permohonan tersebut untuk makluman dan rujukan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan jua.

Segala jasa baik dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, salam hormat.

Muat Turun

pdf COL Governance Manual – Section 4 (Chair of the BOG).pdf (119 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 15952
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.