Pelawaan Kemudahan Program Biasiswa Stipendium Hungaricum tahun 2022/2023 daripada Kerajaan Republik Hungary

English translation not available for this content.

Untuk makluman YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, Kerajaan Republik Hungary telah menawarkan kemudahan program biasiswa kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah bagi Sesi Akademik 2022/2023 di university-universiti terpilih negara Hungary. Usaha ini dilaksanakan bagi meningkatkan hubungan pendidikan dua hala pada masa yang sama mengukuhkan kerjasama tonggak pendidikan negara Hungary dengan negara-negara ASEAN.

Individu yang berminat boleh merujuk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penaja dan membuat permohonan secara atas talian melalui pautan https://stipendiumhungaricum.hu/apply/. Salinan permohonan atas talian hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa melalui e-mel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 5 Januari 2021 (Rabu).

Sehubungan itu, kerjasama pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat membuat hebahan kepada Jabatan/Agensi dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah seliaan pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan bagi menggalakkan komitmen rakyat Malaysia merebut peluang yang ditawarkan. Bersama-sama ini dilampirkan surat Kementerian Pengajian Tinggi dan poster program biasiswa Stipendium Hungaricum Tahun 2022/2023 untuk tujuan hebahan.

Pihak Kementerian sedia membantu dan boleh dihubungi melalui Cik Nur Dini binti Mohd Zib di talian 03-88706375 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan. Segala perhatian dan kerjasama baik pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 
  • Last updated on .
  • Hits: 4839
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 16:20:33.