English translation not available for this content.

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran biasiswa Master's program 'Political Economy of the ASEAN-Russia Strategic Partnership’ yang ditawarkan oleh Moscow State Institute of International Relations (MGIMO) University kepada negara anggota ASEAN kini dibuka. Biasiswa ini boleh dipohon oleh semua ahli anggota ASEAN yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana.

Calon yang terpilih untuk menyertai program ini juga layak memohon geran yang merangkumi tuisyen dan tambang penerbangan dari negara semua ahli anggota ASEAN yang terpilih ke Moscow pada permulaan sesi pengajian dan tambang penerbangan kembali ke negara asal selepas berjaya menamatkan Program tersebut.

Calon-calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan boleh mendaftar dengan menggunakan pautan https://master.mgimo.ru. Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Julai 2024. Maklumat lanjut berhubung biasiswa ini boleh dirujuk di pautan https://study-asean.mgimo.ru/.

POSTER HEBAHAN PROGRAM MASTER OLEH MGIMO UNIVERSITY

  • Last updated on .
  • Hits: 1383
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 12 July 2024, 03:02:21.