Pemakluman Pelawaan Menyambung Pengajian Universiti Di Maghribi Bagi Sesi Kemasukan 2022/2023

English translation not available for this content.

Pengumuman :

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah menerima pelawaan daripada Kedutaan Besar Maghribi di Malaysia bagi permohonan pengajian ke Universiti di Morocco bagi sesi 2022/2023 dalam bidang Pengajian Islam. Pemohon boleh membuat permohonan secara atas talian talian dipautan https://dohe.mohe.gov.my/morocco.
  1. Permohonan adalah secara dalam talian yang akan dibuka pada 24 Mei 2022 (SELASA) JAM 10.30 Pagi dan ditutup pada 9 Jun 2022 (Khamis) JAM 5.00 PETANG. Untuk makluman, pemohon perlu menghantar semua dokumen kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi selewat- lewatnya sebelum atau pada 16 Jun 2022 (KHAMIS) JAM 5.00 PETANG.
  1. Kementerian ini TIDAK MELANTIK mana-mana wakil orang perseorangan atau wakil pihak ketiga (ejen luar) bagi pengurusan pelajar sepanjang pengajian di Maghribi. Sebagai makluman, pengurusan permohonan dan pengajian bersama mana-mana wakil tersebut adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri.
  1. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut :

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2,
Jalan P5/6 Presint 5, 62200 PUTRAJAYA.
Tel : 03-88706217 / 6226 / 6620 / 6608 / 6635
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Last updated on .
  • Hits: 7945
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.