Permohonan Dibuka Bagi APEC - Australia Women In Research Fellowship 2023
Sukacita dimaklumkan bahawa program APEC - Australia Women in Research Fellowship 2023 di bawah Kerjasama APEC-Australia kini telah dibuka untuk permohonan. Program ini adalah sebahagian daripada projek Kerjasama APEC yang diketuai Australia untuk memberikan sokongan kepada para penyelidik wanita menjalani program fellowship dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
Sejumlah maksimum AUD20,000 (setiap orang) bakal diterima oleh 20 penyelidik wanita bagi menyertai program fellowship ini dengan institusi pendidikan Australia yang melibatkan tempoh masa sekitar satu (1) hingga tiga (3) bulan. Program fellowship ini diadakan untuk memberikan peluang bagi membangunkan kerjasama dengan pakar-pakar di Australia dan direkabentuk supaya calon-calon yang mengikuti program ini dapat menerima manfaat berupa akses kemudahan bertaraf dunia serta peluang untuk membangunkan jaringan professional dengan penyelidik ternama.
Tawaran ini terbuka kepada penyelidik wanita yang merupakan warganegara atau penduduk tetap sembilan (9) negara ekonomi ODA APEC iaitu Malaysia, China, Indonesia, Mexico, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Thailand dan Vietnam. Calon-calon yang berminat mestilah mempunyai Ijazah Kedoktoran (PhD) yang dianugerahkan sebelum 1 Mei 2023. Maklumat lanjut bagi program ini boleh diperolehi melalui laman https://www.apec.org.au/apec-australia-women-in-research%26source%3Dgmail-imap%26ust%3D1686730797000000%26usg%3DAOvVaw3SqNPiOAr5_VtyBmca38w1&source=gmail&ust=1686271071250000&usg=AOvVaw2jbvlb3RNQEFXKWeI3kuAO">https://www.apec.org.au/apec-australia-women-in-research dan permohonan perlu dikemukakan selewatnya pada 12.00 tengah malam, 16 Julai 2023.
- Last updated on .
- Hits: 11660