Program ICESCO: The Young Professionals Program 2022

English translation not available for this content.

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian ini telah menerima emel dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertindak selaku National Point of Contact for Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO)  mengenai hebahan dari pihak ICESCO berkenaan Call for Applications: The Professionals Program edisi 2022. Objektif utama program ini adalah memberi peluang kepada golongan profesional muda untuk membina kapasiti dan keupayaan mereka melalui latihan profesional di salah satu sektor, jabatan dan pusat di bawah ICESCO. 

Untuk makluman jua, kontrak pelantikan bagi program ini adalah selama 24 bulan. Warganegara negara anggota ICESCO yang berumur tidak melebihi 35 tahun pada hari permohonan, sekurang-kurangnya memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan, sains, kebudayaan dan bidang-bidang lain yang berkaitan dan fasih dalam salah satu bahasa ICESCO iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis boleh mengemukakan permohonan untuk menyertai program ini. Permohonan bagi program ini tertakluk kepada kriteria, ujian, penilaian dan temuduga yang akan ditetapkan oleh pihak ICESCO. Maklumat terperinci berkenaan objektif, kriteria, kelayakan, tatacara permohonan dan pemilihan, keistimewaan dan elaun serta peraturan-peraturan program ini adalah seperti di Lampiran (Call for Applications dan Regulations of the Young Professionals Programme).

Calon-calon Malaysia yang berminat boleh mengemukakan permohonan terus ke ICESCO melalui pautan: https://www.icesco.org/en/young-professionals-program/ sebelum atau pada 15 April 2022 (Jumaat). Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai program ini boleh berhubung dengan pihak ICESCO melalui alamat emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Muat Turun

  • Last updated on .
  • Hits: 6114
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.